Pages

Thursday, November 1, 2012

Akhirnya bahagia itu milik aku jua


Assalamualaikum w.b.t.,

Sebenarnya aku nak update perkembangan terbaru lepas gigih memulihkan kembali kulit selama hampir setahun. Setahun. Setahun ok!!

Dalam setahun ni, banyak yang telah aku habiskan; duit, tenaga, ketenangan fikiran, masa. All in the name of beauty. Bukanlah aku ni terhegeh-hegeh sangat nak jadi cantik macam artis, nak lemas dengan pujian. Tak. Tapi pada aku masalah kulit especially kat muka memang menyakitkan. Mata sendiri yang memandang. Kulit, ingat tak sakit ke kalau ada jerawat. Hati lagi lah sakit.  Actually muka aku takdelah berjerawat besar bernanah tu, alhamdulillah. Mintak dijauhkan. Yang datang menyerang adalah jerawat yang kecil-kecil, orang kata apa tu jerawat pasir, tapi ada masa tumbuh jugak yang besar bernanah bila tiba masa tu. Memang sakit. Tapi dek kerana tangan yang menggatal memicit, habis berparut hitam muka aku. Kalau korang boleh tengok kat gambar  bawah ni, masa ni muka aku, ya Rabbi, dengan pori-pori besar, berminyak, jerawat pasir, parut. Malu aku weh dengan hubby aku. Nak keluar rumah pun malu.  Kenapa jadi macam ni aku dah share kat sini dan kat sini. Baca lah kalau rajin, hehe.

Nak jaga kulit sebenarnya kena jaga luar dan dalam. Aku nasihatkan kalau kulit korang tengah bermasalah, treat dulu. Jumpa doktor yang ada tauliah. Doktor estetik ye. Mahal memang la mahal, tapi at least cara rawatan dia betul. Masa aku buat treatment jerawat, selain rawatan laser, aku jugak kena makan antibiotik. Berbulan-bulan jugak la. Dengar macam menakutkan je, kan? Then bila aku dah pulih dari jerawat, aku start makan caca-marba balik. Semua pun aku bedal. Lepas tu jerawat naik balik. Treat balik. Makan antibiotik balik. Masa ni baru aku start pakai Nuvafemme. Aku ada tulis pasal tu kat sini

Seriously masa pakai Nuvafemme, garis-garis halus yang kelihatan kat tangan dan dahi aku (kedut la tu) dah start kurang kelihatan. Masa ni rasa macam anak dara je. Badan sentiasa 'hot'. Patutlah masa aku baca dalam satu forum kecantikan tu, diorang yang pernah pakai nasihatkan banyak minum air. Tapi ada satu benda yang aku observe. Kulit aku yang berminyak ni macam makin berminyak pulak. Tak tahu sebab apa. Sebab aku sempat makan dalam sebulan lebih je. Lepas tu aku stop sebab masa ni jerawat aku keluar balik. Maybe masa ni aku start balik makan caca-marba. Haih, lepas aku discover benda ni kat tekak, barulah aku tahu. Rupanya aku punya resdung semakin teruk! So aku decide nak stop Nuvafemme. Bukan sebab tak bagus, tapi sebab aku nak cari supplement yang boleh merawat resdung aku. So setakat ni jelah testimoni yang boleh aku bagi tentang penggunaan Nuvafemme. Orang kata treat the problem from its root causes, baru betul. Bukan treat simptom dia. Kalau dok treat simptom dia, aku rasa sampai bila tak habis.

So cari punya cari, since aku pun dah tak nak lagi cuba produk yang melambak kat pasaran yang entah sape-sape buat. Aku pun try Shaklee.  Since Shaklee pun dah lebih 50 tahun kat pasaran, lagipun aku pun pernah jugak makan dulu masa pregnant. Baru aku ingat nape aku tak continue dulu. Sebab aku tak suka telan pil-pil yang banyak, besar pulak tu pada aku! Tapi sekarang ni tak kira, nak jaga kesihatan gagahkan jugak makan. Alah bisa tegal biasa. Sekarang ni dah ok :) Shaklee ni pun baru hampir 3 bulan aku consistent makan. Dengan istiqamahnya :). Aku start dengan set resdung, then bila aku nampak kulit aku semakin kurang berminyak, aku pun start amik ESP dan GLA.  Dan lepas amik ESP dan GLA aku rasa masalah kulit berminyak aku hampir pulih. Kulit makin gebu. Pori-pori makin tertutup. Dan yang paling best, kalau dulu aku cuci muka pakai cleanser almost everytime setiap kali nak ambil wudhuk, sekarang ni, aku cuci muka pakai cleanser cuma 2 kali. Kadang-kadang sekali je. Menunjukkan bahawa muka dah tak berminyak yang merimaskan. Dan sememangnya adik-adik, petua orang tua ni, sebenarnya pagi-pagi tak elok cuci muka pakai cleanser, cuci pakai air je. InsyaAllah, seri wajah tu nampak :)

Bab resdung, aku rasa makin bertambah elok. Kalau masa resdung tengah teruk tu, jangankan seafood, ayam atau daging pun aku tak boleh makan. Confirm bersin memanjang. Sampai aku pernah la jadi vegetarian sekejap. Makan nasi, sayur dan buah je. Hilang nikmat makan. Tu salah satu sebab kenapa aku makin kurus. Jerawat ni memang akan naik kalau aku amik certain makanan laut dan jugak apa-apa makanan yang ditambah belacan. So, bye-bye belacan! Gonna miss you forever, huwaaa!!

Seriously, aku rasa macam dah jatuh cinta balik. Bukan dengan orang. Gila ke hapa. Dengan supplement skincare Shaklee. Mana taknya, selain makan, Vitamin E dia aku siap sapukan dekat parut-parut hitam dan pori-pori besar yang macam kulit lemon tu. Vitamin C pun aku buat yang sama, pakai macam masker setiap 2-3 kali seminggu. Hasilnya, parut makin pudar, pori-pori semakin kecil. InsyaAllah, aku berharap aku boleh istiqamah amalkannya selain pakai produk muka yang selamat dan rajin workout (aku paling suka dance workout, gedik weh terkinja-kinja menari!).

Ok, jumpa lagi di lain entry!

P/S gambar yang aku share dulu, terpaksa aku turunkan balik, aiseh, akak korang ni memang pemalu tahap gaban lah.



0 si cantik manis: