Pages

Tuesday, September 11, 2012

Ayam Szechuan


Assalamualaikum w.b.t., 

Kali ni nak share satu resepi ayam. Biasa kalau nak buat ayam stir-fry, tak pernah pulak aku perap untuk kasi lembut dulu. This time, cuba perap dulu dengan soda bikarbonat dan tepung jagung. Rupanya, soda bikarbonat ni boleh melembutkan daging! Baru tahu, ingatkan untuk buat kek je. Wah, best la! Ayam dia memang tak keras; lembut je, succulent and juicy je! Ada banyak version resepi ni, ada yang suka letak cili kering, tapi aku letak cili benggala hijau. Sedap jugak, maybe next time nak try version yang ada cili kering pulak. Jomlah cuba, mana tahu sesuai dengan selera sendiri dan keluarga.

Bahan-bahan:
1 keping isi dada ayam - potong kecil-kecil
1/2 cawan biji gajus (bakar dalam oven 5-7 minit)
1 biji lada benggala hijau (kecil) - potong kecil segiempat
1 inci halia muda - hiris nipis
3 ulas bawang putih - ketuk dan potong kecil
1/4 bawang besar - potong kecil segiempat
Minyak zaitun untuk menumis

Bahan perapan ayam (untuk melembutkan):
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh tepung jagung

Sos:
1/2 sudu teh sos cendawan (nak guna sos tiram pun boleh)
3/4 sudu teh kicap
3 sudu besar air
1/2 sudu teh gula
1/8 susu teh minyak bijan
Lada sulah & garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Perapkan ayam dengan baking soda dan tepung jagung selama 15-20 minit. Kemudian, bilas sampai bersih.
  2. Satukan bahan sos dan ketepikan.
  3. Panaskan kuali, guna 1 sudu besar minyak zaitun dan gorengkan ayam yang sudah diperap tadi sehingga separuh masak. Setelah itu, angkat dan ketepikan.
  4. Tambah lagi satu sudu minyak zaitun dan tumiskan halia, bawang putih, bawang besar dan cili benggala.
  5. Tumis sehingga naik bau dan masukkan kembali ayam.
  6. Masukkan sos dan kacau sehingga ayam masak dan sebati.
  7. Masukkan biji gajus dan kacau sedikit. Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih panas.


makan dengan nasi putih panas-panas, sedap!

0 si cantik manis: