Pages

Sunday, March 20, 2011

5 tips untuk hidup dengan tenang

Baru-baru ni aku berkesempatan menonton sedikit daripada rancangan 'Mata ke Hati' oleh Prof. Dr. Muhaya.  Prof. ada berikan 5 tips / cara untuk tenang dalam kehidupan. Kat sini aku mengambil kesempatan untuk share sikit inti pati tips tu, manalah tahu boleh bagi manfaat untuk diri aku sendiri dan sesiapa je yang berkesempatan singgah kat blog ini.

5 tips hidup tenang:
  1. Fizikal - kesihatan kita hendaklah dijaga dengan baik
  2. Mental - sentiasa cuba tingkatkan kecerdasan minda. Cara yang paling bagus untuk cerdaskan minda adalah dengan sentiasa membaca buku-buku yang baik [blog aci tak?], kawal program TV yang kita tonton dan jaga tutur kata kita.
  3. Rohani - jangan lupa solat 5 waktu.  Bagi penganut agama lain, pastikan  ikuti apa yang disarankan oleh agama masing-masing.
  4. Hubungan dengan semua orang - sentiasa jaga dan kekalkan hubungan yang baik dengan ibu bapa, ipar duai, keluarga, sahabat
  5. Kewangan - pastikan kewangan sentiasa cukup supaya tidak meminta-minta pada orang lain.
Aku rasa semua point tu betul sangat. Kalu sihat barulah tenang hidup ni, ye tak? Ada ke orang yang seronok dapat sakit? Jawapnya tentulah takde sesape pun yang nak sakit, sebab kalu sakit macam mana nak tenang, kan? 

Bercakap bab tutur kata ni, oleh sebab kadang-kadang aku ni rajin berblogwalking, macam-macam ragam manusia yang aku boleh nampak.  Yang paling tak best tu, ada jugak manusia-manusia yang penuh dengan PHD (perasaan hasad dengki), yang siap nak cuba laga-lagakan blogger sesama blogger pun ada (ni kes cik anon menyamar jadi famous blogger), yang sesuka hati menghentam / meng'label' orang lain, yang buat review negatif tentang produk tapi diri sendiri pun belum pernah baca / pakai / guna / rasa  (tapi kalau review positif apa salahnya kan, itu dah kira free promotion untuk business tu), yang komen kritikan - kritikan yang kadang-kala aku sendiri pun geleng kepala baca. Haish, boleh ke tenang hidup mereka-mereka ini kalu diri diselubungi perasaan-perasaan negatif macam tu?

Satu lagi bab kewangan.  Ada sesetengah orang cakap gaji / duit banyak mana pun tak pernah cukup.  Lagi banyak dapat, lagi banyak nak spend.  Pada aku, terpulanglah. Kewangan masing-masing pandai-pandailah manage. Jangan sampai berhutang sini sana untuk membeli sesuatu yang tidak perlu dalam kehidupan kita. Boleh ke tenang kalau berhutang dengan Ah Long? Tapi kalau ada duit dan mampu, apa salahnya kalau nak spend pun kan? Tak salah kalau itu boleh buat hati kita gembira, kan?

Oh ya, masa dalam rancangan 'Mata ke Hati' tu, Prof. ada jugak share tentang satu citer ni.  Ringkasan nya tentang seseorang ni yang memberitahu pada guru nya kalu tak salah, mengapa dia tak nampak kecantikan yang orang lain nampak.  Kata gurunya, itu disebabkan dalam dirinya sendiri tidak punya kecantikan dalam hatinya.  Kalau kita sentiasa nampak keburukan orang, nah, macam mana kita sendiri nak memberi sesuatu yang baik kepada orang, dan kalau kita sentiasa berbuat keburukan pada orang, agak-agak adakah kita akan menerima kebaikan daripada orang lain? Fikir-fikirkanlah..

0 si cantik manis: