Pages

Saturday, November 15, 2014

Antara hamba fesyen dan hamba yang merdeka


Tadi sempat singgah blog Kak Di kejap, ala, Kak Diana Ishak tu. Rupanya Kak Di pun rasa menyesal ek beli beg-beg mewah ni. Lady Dior paling menyesal katanya. Laa, rupanya aku tak keseorangan! Mati-mati aku ingat perasaan tu tak normal, rupanya memang normal sangat sebab Kak Di pun rasa macam tu. Aku pun pernah beli Lady Dior, yang paling kecik tu, feeling macam Neelofa and Lisa Surihani la pulak, erk.. Beg tu mmg super kecik, muat-muat kau punya purse, henpon dan ada la sikit barang mekap, kunci. Konon-konon senang la kan nak bawak pergi event, tapi kan, housewife macam aku ni, celah mana sangat la aku nak attend event pun, lain la kalau aku ni 'Real Housewives of New York' kan, kah kah kah! Paling-paling bawak pergi kenduri kawin kawan-kawan dan sedara mara yang buat kat hotel. Last-last aku let go je, jual balik.  

Tulah musibatnya instagram ni. Err, sebenarnya bukan instagram je, banyak lagi media social networking yang konsepnya share segala mak nenek gambar. Mula-mula bila kau tengok orang pakai, eh macam cantik je. Pastu kau pun mulalah pasang angan-angan nak pakai. Dah pasang angan-angan, haruslah beli kan. Dah beli menyesal pulak. Yelah, orang yang kita tengok pakai tu dah tentu-tentu rajin pergi event, pergi so called mommies day out la, gathering sana sini, reunion sana sinun, parti bagai. Kita ni takkan pergi pasar, pergi sekolah heret Dior kot? Memang tak patut, hahaha.. Eh sebenarnya memang ada pun yang pergi pasar bawak Chanel ni, sebabnya, beg dia semua pakai Chanel jadi mana ada beg lain gitu nak pakai, ye dak? 

Masa start kumpul beg hari tu, betullah, aku rasa macam, eh, this is so not me. Aku memang jenis yang simple je kalau nak keluar mana-mana. Aku memang tak boleh bayangkan kalau terpaksa bersiap bagai even nak pergi kedai dekat dengan rumah. Bersiap ala kadar cukuplah, asal nampak kemas, presentable dan janganlah sampai menjatuhkan air muka suami. Bukan over siap lipstick, blusher, eyeshadow bagai. Terpaksa bersiap bagai sebab yelah kalau dah famous sebagai blogger fesyen, apa barang kau keluar rumah muka sememeh kan? So rentikanlah Abby. Maka bermulalah projek meng-letgo beg-beg yang masih baru ni.

Aku cuma maintain beberapa beg yang betul-betul praktikal untuk aku pakai. Cukuplah yang biasa-biasa je. Yang lain aku dah tolak. Aku tak suka berperasaan kononnya aku ni bagus sebab beg aku lagi hebat dari orang lain. Beg aku lagi curlasss dari kau Jah, kah kah kah! Perasaan macam tu paling lahanat. Tak nak. Aku tak nak jadi bimbo yang rasa kebendaan ni adalah satu kepuasan hidup. Aku benci manusia hipokrit macam tu, dan sama sekali aku tak nak jadi orang yang macam tu! Nauzubillah

Jika dilihat dari segi duit, memang rugi. Tapi harga pengalaman yang aku dapat ni memang mahal. Aku rasa aku macam bukan diri sendiri bila pakai beg-beg mahal ni. Penat rasa bila kita cuba jadi orang lain, nak impress orang yang belum tentu kita suka dan entah-entah orang tu pun benci kita. Aku rindu kot diri aku yang dulu. Aku yang boleh dengan selambanya pakai apa-apa je jenis beg even beg kain tanpa perlu pikir persepsi orang. Penting sangat ke persepsi orang? Boleh mati ke kalau orang hina? Kalau kau kaya maknanya beg import tu jadi keperluan kau? Tak main la jenama cikai-cikai, gitu?

Sekarang ni ramai sangat yang jadi mangsa fesyen, terlalu terpengaruh dengan media barat yang terlalu mengagung-agungkan fesyen. Semua pun berangan nak hidup macam diva. Hidup macam socialite. Bahana realiti tv yang rata-rata memaparkan gaya hidup kebaratan yang menuju entahlah ke mana. Aku tahu, kebanyakan yang mangsa-mangsa fesyen ni selalunya cuba nak justify dengan mengatakan bahawa pakaian, beg, kereta dan lifestyle ni sangat penting especially kalau kau ni business woman atau pun kalau ni isteri somebody. Imej sangat penting kan? This group of people is responsible to associate the idea of succesful business woman/people with material. Diorang ni cuba menjual the idea bahawa kalau kau banyak duit, kau boleh beli semua benda-benda mahal. Bahawa kalau kau nak dikenali sebagai orang yang berjaya dan bergaya, kau kena jinjit Chanel, Hermes. Makin mahal beg, makin makin berjayalah kau. Kalau setakat Micheal Kors, Coach, hmm memang golongan ni tak pandang sebelah mata. Yang ni katanya standard bibik dia je. Akhirnya lahirlah golongan yang even makan gaji, bersungguh-sungguh menyimpan duit gaji bulanan semata-mata nak jinjit Chanel. Hard earned cash. Lepas tu nak tolong golongan yang lebih memerlukan pun cuma mampu bagi seringgit dua? What? Yang lebih parah, merengek-rengek minta laki tolong belikan. Biar betul kau ni judge orang ikut apa yang dia pakai? Seriously? Sempitnya otak kau. Walau kau berpelajaran tinggi, walau duit kau seguni, harta kau berkepuk-kepuk, tapi sayang fikiran kau singkat. Kasihan. Eh, kejap, kau tahu tak sekarang ni kat Malaysia kalau pendapatan bulan kau kurang daripada RM3600, kau tu golongan miskin, tahu?

Aku pernah kenal golongan yang macam ni. Golongan yang kalau nak tolong orang, berkira nak mampus. Tapi bab nak memenuhkan temolok sendiri, memuaskan nafsu pakai barangan branded, tiap-tiap tahun pergi bercuti, memang serah kat dia. Walhal golongan yang patut dia tolong tu bukan orang lain, saudara sendiri pulak tu. Pada akulah, banyak mana yang kau sanggup spend untuk benda-benda berbaur kemewahan ni, banyak tulah sepatutnya kau derma. Kalau boleh bagi lebih banyak, alhamdulillah. Bukannya setakat derma kat masjid atau sedekah pada pengemis 2-3 ringgit. Kau tahu tak sebenarnya duit yang kau derma tu lah sebenarnya duit kau kat akhirat nanti? Aku tahu sebab orang ni sendiri pernah dengan bongkaknya mengaku kat aku bila saudaranya merayu-rayu mintak pinjam duit kat dia. Konon duit yang ada cukup-cukup makanlah. Hmmm, entahlah labu. Mungkin dia tak perasan kot kebongkakkan dia, atau mungkin dia terlalu bongok untuk perasan kesombongan dia. 

Banyak duit = berjaya? Biar betul? Entahlah, dunia ni dah nak terbalik agaknya. Abes kalau orang yang tak banyak duit tu, tak berjaya la ye? Beli Birkin Croco sebijik, baru jadi the most successful woman ke? Bukan semua orang ada duit sebanyak tu nak beli Birkin ye. Harga Birkin Croco tu boleh beli sebijik rumah, tahu? Adalah kan akak sorang ni katanya menabung dari kecik tau nak beli Birkin, hehehe.. Sebab tulah even harga minyak di pasaran dunia dah jatuh, harga minyak kat Malaysia ni terpaksa naik pulak ye, eh? Daripada kau beli Birkin Croco tu, baik kau derma duit tu untuk repair masjid ke, buat masjid ke, buat amal jariah ke. Yelah, aku tahu, bila aku cakap macam ni mesti ada yang kata, eleh, kau tahu ke yang selama ni dia senyap-senyap menderma? Takkan la dia derma banyak-banyak nak kena cerita kat orang? Nanti kau kata riak pulak kan? Suka hati kau lah labu, malas lah aku nak argue dengan orang bodoh.

Seorang yang merdeka itu ialah seorang hamba, apabila dia bersifat tamak. 
Seorang hamba itu ialah seorang yang merdeka, apabila dia berasa cukup

Sungguh, rupanya sekarang memang banyak hamba. Hamba fesyen. Hamba syaiton.
Dan sesungguhnya, bantulah aku memerdekakan diri aku Ya Allah. 
Aku tak nak terjebak lagi dengan benda-benda yang pada zahir nampak macam bagus, hakikatnya kosong tiada erti di mata Tuhan.

Sunday, August 11, 2013

Sesekali ku rasa nak laksa

Assalamualaikum w.b.t,

Masa aku kecik-kecik dulu kat kampung, ada satu gerai jual laksa dekat dengan rumah aku. Biasanya kalau gerai jual laksa ni, memang pakej dia akan jual ais kacang atau ABC sekali. Selalunya kalau sempat lepas balik sekolah, memang aku akan singgah beli laksa kat gerai makcik ni. Aku cakap kalau sempat bukan apa, laksa makcik ni memang laku betul, kalau lambat sampai gerenti habis. Harga punyalah murah time tu, kalau tak silap aku sebungkus 50 sen je. Lepas tu tak lama naik jadi 70 sen kot tak salah. Ada orang siap nyanyi-nyanyi sambil order kat makcik ni. 'Sesekali ku rasa nak laksa..' (ikut rentak lagu Teringin-Shima). Ahh, tapi memang sedap la. 

Bila dah kahwin dan start bekerja kat Pantai Timur ni, salah satu makanan yang paling susah nak dapat kat sini adalah Laksa Utara. Sebenarnya ramai je yang jual, tapi nak jumpa yang hampir-hampir menyerupai laksa utara kat sini memang tak jumpalah. Ramai orang sini tak mampu nak buat sama macam orang utara buat. Samalah kot macam mana orang utara tak boleh nak recreate balik nasi dagang atau pun laksam kan, hahaha.. Entahlah, rasanya macam pelik sikit, korang taruk gula ek? Tapi memang pun, masa mula-mula sampai sini, aku rasa makanan kat sini mostly manis. Kari rasa lain, laksa apatah lagi. Cuma sekarang ni aku dah jumpa ada sorang makcik pasar malam ni jual laksa sebijik macam laksa utara. Bila ditanya, rupanya makcik tu mai dari Penang! Patutlah menjadi laksa dia, hehe..

Laksa utara sedap ni aku follow resepi Cheq Sue. Katanya ni resepi rahsia mak beliau ni. Haa, untung sape dah cuba sebab memang sedap!! Dah pekena semangkuk, confirm nak lagi, hehe.. Resepi laksa ni menggunakan udang geragau, mula-mula dulu aku rasa macam pelik tapi bila pikir balik, eh, apa nak peliknya. Udang geragau ni memang orang buat belacan dan belacan ni confirmlah salah satu 'secret recipe' laksa, patutlah tambah sedap! Abis semua resdung melayang ke mana, time makan lupa pulak yang aku ni ada resdung (ewah sebenarnya buat-buat lupa, teringin punya pasal). 

Jomlah kita tengok resepi dia pulak. Link akan menyusul kemudian (serius tak reti pulak aku menggodek apps blogger ni, camne tah nak letak link). Resepi kredit pada Cheq Sue. Maceh Cheq Sue!

sumber: http://www.cheqsue.com/blog/2008/12/25/laksa-kedah/

Bahan-bahan:
  • 1kg ikan selayang/sardin – direbus bersama asam keping (aku suka campur selayang/kembung)
  • 1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat
  • 30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar (aku guna 15 tangkai je, supaya kurang pedas)
  • 2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering
  • 1 inci belacan – dikisar bersama cili kering
  • 3 ulas bawang merah – dimayang
  • 1 genggam asam keping
  • 1 genggam daun kesum
  • 3 batang bunga kantan
  • 2 liter atau lebih air
  • Garam & ajinomoto secukup rasa
Cara-cara memasak:
  • Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang
  • Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)
  • Tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.
  • Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan
  • Tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.
  • Biar hingga cili masak (naik/pecah minyak)
  • Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.
  • Masukkan air rebusan ikan.
  • Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.
  • Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.

Syawal kali ini lebih berbeza..

Assalamualaikum w.b.t, 

Hari ini sudah pun menginjak ke 4 Syawal. Kalu ikutkan sepatutnyalah kita cuma berhari raya pada 1 Syawal sahaja, meraikan kemenangan kita berhempas pulas menahan nafsu sepanjang Ramadan. Semoga itu bukanlah Ramadan terakhir kita. Amin. Bulan Ramadan memang banyak kenangan dalam hidup aku. Lahir pada 15 Ramadan. Arwah Mak kembali ke rahmatullah pun di bulan Ramadan lebih kurang 12 tahun yang lepas. Teringat masa zaman kanak-kanak dulu bagaimana arwah mak dan ayah bersama-sama menghidupkan suasana Ramadan pada diri kami adik-beradik. Aduh sayunya hati bila diingatkan kembali :'(

Syawal 1434H ini merupakan pengalaman yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pertama kali menyambut harijadi yang ke .... (sila isi tempat kosong) di hari pertama Syawal dan pertama kali juga tidak dapat pulang ke kampung sendiri mahupun encik suami. Takpelah, amanah dan tanggungjawab pada negara perlulah lebih diutamakan. Tahun ini tak dapatlah menziarahi pusara mak dan ayah, harapnya sampailah kiriman AlFatihah dan AlIkhlas untuk mak ayah tersayang di sisiNya. Amin.

Masa beberapa hari sebelum Syawal, sempatlah juga aku siapkan dua jenis biskut raya; semperit dan german cookies. Asal ada biskut raya, jadilah. Nak beli di pasaraya rasanya agak kurang berpuas hati dan nak menempah pun sudah tidak sempat. Buat sendirilah nampak gayanya. Aik, kata dua jenis nape ada tiga pulak ni? Hehehe, memang dua pun, yang biskut cinta traffic light tu pun jadi sebab ibu jariku sudah tidak sanggup lagi menekan adunan ke dalam acuan semperit itu. Adoyai, kalau tahu macam ni lain kali confirm nak beli acuan yang lebih user friendly. Resepi aku kepilkan sekali dibawah, untuk tatapan di lain tahun kalu sudah beli acuan moden untuk semperit. Amik dari dapur Kak Ita yang sangat berbakat dalam bidang masakan dan fotografi. Thank you akak, dengan adanya blogger masakan seperti akak dan ramai lagi, terus diri ini jadi rajin dan ingin selalu ke dapur, hehehe..

Apa pun, harapnya Syawal ini berpada-padalah kita dengan sambutannya. Janganlah terlalu sibuk memenuhkan perut dek kerana puasa sebulan. Ingatlah ramai lagi yang lebih bernasib kurang baik. Dan semoga kita diberikan kesempatan untuk menerima kunjungan Ramadan lagi pada tahun hadapan. Amin. 




sumber: http://www.azlitamasammanis.com/2012/08/biskut-semprit-pelangi.html
BISKUT SEMPRIT PELANGI

250 gm butter
150 gm gula icing
1 biji kuning telur 
250 gm tepung red rose
150 gm tepung kastard 
30 gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna jika suka

Ayakkan tepung red rose, tepung kastard dan tepung jagung. Ketepikan

Pukul butter dan gula hingga sebati.
Masukkan telur dan esen vanila dan terus pukul hingga bergaul sempurna
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna ~ jika suka

Panaskan oven pada suhu 170C
Sedialan loyang pembakar dan oleskan sedikit butter

Masukkan doh ke dalam acuan semprit dan tekan di atas loyang
Buat dalam 2.5 cm panjang 
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 15 minit
Sejukkan sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

sumber: http://www.azlitamasammanis.com/2011/06/melt-in-mouth-german-cookies.html
MyKitchen's Recipe

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
by: Happy Home Baking
sumber: Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
  
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum 

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

Sunday, July 7, 2013

Setia Hujung Nyawa lah pulak..


Assalamualaikum w.b.t,

Pheww, akhirnya tamat gak aku layan marathon drama Setia Hujung Nyawa kat tonton.com.my. Naik juling bijik mata hari-hari layan drama ni, 28 episod aku abiskan dalam masa 3-4 hari. Setiap hari, bangun pagi buat kerja laju-laju, sambil iron baju pun sempat layan, hahaha, mampu tak? Pelik betul, masa time baru-baru keluar kat TV, tak teringat langsung nak tengok. Dah berbulan-bulan abis kat TV, baru jumpa, hehehe..Nak buat camne, aku kalau bab drama-drama TV selalu memang jarang nak layan, maybe sebab demam Teduhan Kasih hari tu kot. Masa beli novel tu, terjumpa sekali novel Setia Hujung Nyawa, layankan jelah...ehh, best pulak!! Terpaksa la cari online, tonton.com.my la kan mana lagi..

Sweet kot Zain dengan Ersalina dalam drama ni. Rasa hati berbunga-bunga macam zaman-zaman baru menikah pulak, auuwww :P. Dah, korang budak-budak jangan ikut yang tak elok pulak, ikut yang elok-elok saje tau. Biasalahkan alam rumahtangga ni, kadang-kadang bila kita bahagia, ada je yang bengkak hati tengok orang lain happy. So, moral of the story.. Jangan dengar hasutan orang dan jangan menghasut orang, huhuhu.. Sebenarnya rasa macam nak tulis sinopsis sikit, tetiba malas pulak, wakaka.. Korang baca sendiri lah novel. Tak pun korang tengok je kat tonton.com.my.


 Kbai!


Tuesday, July 2, 2013

Tewas dalam waspada - Episod 2

Assalamualaikum w.b.t,

Ini merupakan sambungan kepada Episod 1.

Disebabkan sekarang ini aku cuma ambil vitamin C sahaja, aku rasa macam kurang lengkap pulak. Maka dengan gigihnya aku pun kembali mencari all-in-one produk, makan satu dapat semua gitu. Nak dijadikan cerita, masa aku beli supplement ni, aku telah dijanjikan hadiah misteri yang dibekalkan bersama dengan supplement yang aku beli tu. Yang sebenarnya aku tak kisah sangat pun pasal hadiah misteri tu, yang penting misi aku adalah mencari supplement yang lebih sesuai untuk daily consumption aku.

Hari yang ditunggu pun tiba. Supplement yang aku nantikan tu pun sampai ke rumah pada hari yang dijanjikan. Rupanya hadiah misteri itu ialah SAVEE 3D PAPER MASK SERIES BLACKBERRY SUPER WHITENING mask. Ye dan dengan tanpa kaji selidik tentang produk Savee tu, aku terus je tepek kat muka petang tu jugak. Entahlah, macam tindakan refleks ke hapa sebab jakun kot tak pernah pulak beli apatah lagi cuba masker yang dah siap, tak perlu bancuh cuma tepek di muka selama 15-20 minit. Jadi memang betul hadiah itu memang misteri sungguh. Lepas je pakai masker tu memang nampak muka pinkish sikit. Wah happy! Lepas kira-kira setengah ke sejam lepas tu, bermulalah episod yang paling tak best dalam hidup aku selama beberapa minggu :(

Malamnya muka aku rasa gatal sungguh, especially kat bahagian mata. Tapi gila takkan nak garu sedap-sedap kot, last-last aku cuma kerapkan basuh muka guna air biasa saje. Dan apa yang lebih mengejutkan bila aku bangun esok paginya; ya Rabbi muka aku! Sudah macam orang kene penyakit ruam satu muka! Mata kedua-dua nampak seperti bengkak, especially kat bahagian bawah mata. Muka sendiri pun rasa bengkak, kulit berasa agak tebal, macam kene face anaesthetic, rasa macam kembang pun ada, hidung pun naik bintik-bintik sampai nampak muka aku macam kene sengat lebah pun ada (ok this is a little bit of exaggerating tapi perasaan memang camtu). Bintik-bintik macam ruam/jerawat halus start naik dengan banyaknya kat seluruh muka. Sampai aku terpaksa ambik ubat anti-histamine nak kurangkan gatal. Aku memang simpan kronologi dari hari pertama sampailah hari ke-15. Diringkaskan, lepas 2-3 hari naik bintik kat seluruh muka tu, ada jugak timbul bintik-bintik yang ada cecair putih dalamnya, especially kat bahagian hidung dan atas bibir. Bintik-bintik tu siap naik dekat leher, sebab time pakai masker tu aku unjurkan ke leher sebab panjangkan masker tu. Time ni aku rasa sangat kecewa, frust sangat.. Serasa pengorbanan aku selama setahun lebih ni sia-sia saje. 

So, nak buat apa lagi. Sila kurangkan melihat cermin sebab kalau tengok cermin lagi frust.  Time ni muka kembali berminyak, menggelap.  Masuk hari ke-4,5, bintik-bintik mulai surut tapi meninggalkan kesan seperti lebam pulak. Huwaaa, nangis weh!  Aku cuma cuci muka guna air biasa, dan hari-hari cuci guna baby tomato, nak kecilkan kembali pori-pori dan kurangkan appearance bintik-bintik tu.

Dan episod kekecewaan aku berlarutan sampailah hari ke-14. Hari ke-15 barulah nampak muka aku lebih normal, but then again, bekas-bekas ruam kecil tu sudah beransur hilang. Selama beberapa minggu ni, nak keluar rumah pun terpaksa pakai BB cream. Sebelum ini sangatlah ringan, bedak pun aku tak pakai, cuma pakai gel pelindung UV. Pakai brand Heliocare, best ever! Recommended kalau kulit korang oily-prone. Yang ni doktor yang suggest. Dan untuk BB cream pula, aku pakai brand Recovery, yang ni pun sama, beli dari doktor. Tapi sungguh, aku 'kagum' tengok perempuan yang gigih hari-hari sapu BB cream sebelum pegi kerja.  Kalau time-time tak uzur mau koman-koman 3 kali sehari sapu BB cream kat muka. Sebab aku rasa BB cream ni agak heavy kalau nak pakai hari-hari. Even brand yang aku pakai tu yang memang terbukti sangat ringan, still, not to my liking. Kalau tak sebab parut bintik-bintik ruam dah kelihatan kat muka aku, memang aku pilih untuk tidak memakai apa-apa BB cream atau bedak sebelum keluar rumah, cukup dengan pelindung UV yang sangat-sangat ringan. 

What? Korang kata bedak tu bukan make-up? Kah kah kah, statement lawak ke hape ni? Aku pernah terjumpa orang upload gambar di internet, with the caption "Korang, tengok ni bukti I tak pakai make-up, cuma bedak nipis je I sapu". Alasan; sebab tak pakai eyeshadow, lipstick, blusher. Cik kak, bedak tu make-up lah, sebab memang salah satu fungsi dia untuk naikkan seri wajah kau, atau dalam erti kata lain, make up! Atau nak lebih keji lagi, tangkap gambar guna apps Camera 360 atau Perfect 365 nak buat testimoni produk sebagai teknik pelaris. 

Oh ye, kat mana tadi ye? Masker, ye masker yang confirm inilah pertama dan terakhir aku guna brand Savee.  Seriously bila dah timbul masalah kat muka, baru aku terfikir nak cari info tentang masker ni. Rupanya selain daripada boleh bagi muka kau super putih, dia juga mempunyai kuasa anti aging dan lifting. Dalam erti kata lain boleh kasi awet muda gitu. Ye, super putih la sangat kan..

Nasihat aku pada diri sendiri dan kalau korang dulu jenis suka tukar-tukar produk penjagaan luaran yang jenis-jenis menghakis tu, pikir-pikirkan sebelum pakai. Tak semua yang baik untuk orang lain baik untuk diri sendiri. Tak paham aku bukan ke dulu dah masuk paper banyak produk yang memang membahayakan kulit wajah dah pun ditarik balik kelulusan tapi still, ramai yang sibuk membeli untuk putihkan wajah? In denial kot, cakap produk tu ada yang ambil kesempatan jual yang tiruan punya. Suka hati kau lah..

Eh, yang Savee ni bukan brand tempatan pun, Singapore punya. So tak semua yang import tu baguslah kan. Dan tak semua yang tempatan tu tak bagus.

Nilah yang aku katakan tewas dalam waspada, aku punyalah berhati-hati dengan produk penjagaan luaran tempatan seperti pencuci, krim dan toner. Tup-tup tewas jugak dengan si Savee ni..

Kini sudah hampir 3 minggu lepas kejadian yang tak diingini tu, nampaknya muka semakin pulih. Cuma kalau nak lebih halus mulus tanpa parut seperti sedia kala, maka haruslah aku kembali ke klinik :(  Sobs, sobs..baru je ingat tahun ni nak buat lasik, hmmm... Ke Savee nak bayar?




Demam Teduhan Kasih akhirnya sampai ke penghujungnya..

Assalamualaikum w.b.t, 

Diam tak diam, hari ni bakal menyaksikan episod terakhir drama Teduhan Kasih di kaca TV3. Daripada tertengok satu episod, then start cari di tonton.com.my terus membawa aku ke kedai buku, gigih nak cari pasal cerita Teduhan Kasih karya Marissa ni. 

Selalunya memang aku jarang layan drama TV3 pukul 7 p.m. tu, yelah waktunya kurang sesuai. Tapi sebab best punya pasal, terpaksalah aku record setiap episod dan tengok balik sambil feeling sorang-sorang malam-malam time tengah melipat kain depan TV, hehehe.. Mujur ada B.yond :)

Kalau nak dikutkan, lama dah aku khatam cerita ni. Lepas beli, dalam 4-5 hari baru habis. Ada orang boleh habiskan lagi cepat, kalau takde komitmen lain bolehlah kan. Aku perhatikan jalan ceritanya ada beberapa babak yang ditukar, mungkin nak sedapkan cerita kot. Cuma bila ada adegan yang memang dah diceritakan dalam buku dan dimainkan semula dalam lakonan ni, macam dejavu la pulak, huhuhu.. 

Anyway, elemen yang berbeza tu maybe nak kasi surprise sikit kot especially buat penonton yang dah baca cerita ni. Macam kalau dalam buku, scene Jenny PA Ehsan yang kesempitan wang sampai sanggup membelot Ehsan tu memang takde, scene Ehsan kene tangkap basah dengan Ayu tu pun takde.  Kalau ikut dalam buku sebenarnya Ryzal meninggal dunia akibat kemalangan masa mencari Ayu, yang dah tinggalkan rumah dan bukannya kerana sakit buah pinggang seperti dalam drama tu. Ayu pun last sekali jadi gila. Kak Long tu pun akhirnya bercerai dan pindah balik ke rumah maknya kerana rupa-rupanya suami dia dah menikah lain. Iffa kemudian disahkan mengandung kembar, mula-mula tu ingatkan Iffa mengandung luar rahim rupa-rupanya kandungannya agak rendah. Mujur Iffa dan Ehsan ikut nasihat Makcik Hanim dan pergi berurut. Yelah, Iffa kan masa ngandungkan Adam dulu asyik kene dera buat kerja rumah teruk-teruk dengan mak tiri dia kan, jadi yang tu pun boleh beri kesan pada diri Iffa.

Kalau tengok drama ni memang berkesan betul la lakonan barisan pelakon Teduhan Kasih ni. Sampai aku rasa kalaulah tiba-tiba terserempak dengan Ayu atau Kak Long tu, mau pegi bersyarah kejap sedas-dua, hahaha.. So, nak tahu apa kesudahan drama tu? Kene tengok malam ni ye..Kalau nak tahu ending ikut buku, nah..

"Dapat melihat senyuman Ehsan selalu dan dapat melihat anak-anakku membesar dihadapanku, aku rasa hidup aku sudah cukup sempurna. Semoga perjalanan hidupku terus begini" - Iffa

  

kalau nak cari buku Teduhan Kasih, kulit dia macam ni

dah tamat

Tewas dalam waspada - Episod 1

Assalamualaikum w.b.t,

Dulu kan aku pernah cerita yang aku sudah jatuh cinta sama supplement Shaklee. Tetapi entahlah, beberapa bulan kebelakangan ini aku seperti dalam dilema dan kembali berteka-teki. Mana taknya, jerawat kembali subur kat muka aku, specifically kat bahagian dagu. Rasanya dulu aku pernah cerita yang masalah jerawat kat muka aku membawa aku berjumpa dengan doktor estetik. Bila jerawat dah pulih, aku teruskan dengan rawatan microdermabrasion bersama beberapa jenis rawatan di klinik untuk menghilangkan parut-parut jerawat di muka. Hampir setahun lebih baru nampak kulit kembali seperti zaman muda remaja, mulus dan lebih halus.

Kemudian untuk lebih menjaga dalaman, aku tambahkan supplement untuk merawat dan mencantikkan diri dari dalam. Beberapa jenis vitamin juga yang aku ambil. Tapi aku perasan masa aku ambil supplement ni semua, muka aku memang kurang sangat berminyak, dalam erti kata lain muka nampak lebih 'matte' berbanding sebelum ini sangatlah berminyak. Ye, maybe kombinasi rawatan luar dalam lebih umphhh kan. Disebabkan aku ni memang ada masalah resdung, aku pun start bersupplement dengan set resdung dahulu yang ternyata berkesan. Masa tu memang sangat kurang masalah resdung aku, takdelah sampai terlalu sensitif sampai aku terpaksa jadi vegetarian lagi.

Tapi aku perasan bila aku start masukkan ESP dan GLA dalam rutin harian aku, ada jerawat sebutir dua yang naik di dagu, tapi kulit makin kurang berminyak. Jerawat tu macam sentiasa ada je kat dagu aku, yang pelik tu tempat lain takde pulak. Hujung-hujung tu jerawat naik pulak kat bahagian telinga, kemudian sampai ke leher pun ada. Haih, ini tak boleh jadi. Lalu aku pun kembali ke klinik untuk rawatan jerawat special kat dagu tu. So time ni aku terpaksa la stop dulu supplement sebab time ni memang kene makan ubat yang dipreskripsikan doktor. Time tu doktor bekalkan dengan antibiotik jerawat dan juga hormon kortisol dalam bentuk pil. Kalu nak tahu, jerawat ni sebenarnya berpunca daripada kekurangan kandungan hormon kortisol dalam badan yang berkait rapat juga dengan pengambilan gula seharian kita. Sebab itu masa time jerawat tengah banyak kat muka, minuman sarapan aku cuma air teh kosong tanpa gula dengan oat atau roti. Sampai sekarang memang dah terbiasa minum teh tanpa gula. Cubalah, alah bisa tegal biasa. Kalau nak tahu sebenarnya teh ni kaya dengan anti oksida semulajadi.

Oh ya, berbalik kepada rawatan jerawat kat dagu tu tadi, ye, masa tu memang lebih mujarab. Ternyata kombinasi rawatan laser dan rawatan dalaman (antibiotik + hormon) membuatkan kulit aku lebih halus dan jerawat di dagu pun lama kelamaan hilang. Tapi rasa macam tak lengkap pula sebab lepas tu aku dah stop complete package bersupplement. Aku cuma teruskan dengan vitamin C sahaja. Daripada sumber-sumber yang aku baca, kemungkinan juga aku tidak serasi dengan minum susu bersama ESP sebab susu itu sendiri mengandungi hormon yang berkemungkinan menyebabkan hormon imbalance dalam badan aku, kemungkinan juga badan aku kurang menerima baik antioksida yang aku dapat daripada Vitamin E, entahlah mungkin kandungannya lebih tinggi daripada yang badan aku boleh tolerate. Ada sumber mengatakan bahawa jerawat di dagu memberi petanda sistem penghadaman bermasalah. Yang ini tak tahulah sejauh mana kesahihannya sebab ada jugak sumber mengatakan lokasi jerawat-jerawat yang baru naik kat muka aku ni menandakan masalah pada buah pinggang. Hari tu ada jugak terbaca di sebuah blog yang mengatakan bahawa kalau makan supplement yang banyak tapi air tidak mencukupi boleh merosakkan organ dalaman. Gulp! Hmmm, aku amat pasti sebelum aku mulakan terapi supplement hari tu dah buat detoks seluruh badan. Kalau nak kata aku kurang minum air, hmmm, satu hari aku akan pastikan aku minum air putih sebanyak 5 liter, maka kerap ke toilet tu bukanlah satu masalah.

Aku pernah terbaca yang kalau sesuatu produk tu memang betul-betul bagus untuk diri kita, tiada istilah pengeluaran toksin di badan melalui keluarnya jerawat kat muka. Kalau keluar lebih banyak jerawat pada muka, maknanya tak sesuailah tu. Sila cari produk lain. Macam dulu pun aku pernah try pakai pencuci yang berasaskan aloe vera, semakin dipakai, semakin berjerawat muka. Rupanya baru aku tahu aku tak sesuai dengan sebarang produk yang berasaskan aloe vera. Nampak tak, sesuatu yang baik pada orang lain tak semestinya bagus untuk aku juga. Aku pernah juga try pencuci muka NutriWhite Shaklee, pun sama, tak sesuai untuk aku. Sebabnya pencuci ni ada kandungan Vitamin C, yang mana untuk orang yang mempunyai oily-prone skin macam aku, akan boleh menyebabkan liang pori lebih kelihatan. Dan lepas dah pakai baru aku jumpa fakta tentang ni. So walaupun Vitamin C bagus kalau aku makan, tak semestinya bagus kalau aku apply kat muka. Vitamin C ni penting untuk pembentukan kolagen pada kulit. Mungkin untuk aku no shorcut kot, nak kolagen dalam badan sila buat sendiri dengan bantuan Vitamin C ye, takde kolagen segera tak kiralah yang saiznya memang boleh diserap atau tidak. Sememangnya aku amat yakin degan produk Shaklee sebab dah terbukti ramai yang lebih baik dan lebih sihat dengan kaedah pengambilan supplement itu. Cuma aku je yang tergolong dalam kumpulan yang sedikit itu, tak semua produk Shaklee sesuai untuk aku.

Jadi, kat mana cerita yang berkaitan dengan tajuk entry ni? Jeng, jeng, jeng...Ceritanya bermula dalam Episod 2, selepas entry ini..